Sinusitis atau lebih dikenali sebagai resdung biasanya berlaku hasil daripada virus selsema yang merebak ke sinus saluran pernafasan atas. Hanya terdapat beberapa kes sahaja adalah disebabkan oleh bakteria menjangkiti sinus. Gigi yang dijangkiti atau jangkitan kulat juga boleh menyebabkan sinus menjadi radang.

Masalah resdung masih lagi menjadi misteri kerana puncanya masih tidak jelas apakah yang menyebabkan sinusitis untuk menjadi kronik (berpanjangan), tetapi ia telah dikaitkan dengan:

  • Alahan dan keadaan yang berkaitan, termasuklah rinitis alergik, asma dan demam alergik
  • Polip hidung (ketumbuhan dalam hidung)
  • Merokok
  • Sistem imun yang lemah

Jika tidak mengambil sebarang tindakan rawatan kepada alahan dan asma, ia boleh meningkatkan gejala sinusitis menjadi semakin kronik.