SEJARAH PENUBUHAN AINUN BEAUTY

     Pada tahun 2008, Syarikat Bahtera Beauty telah ditubuhkan di daerah Kemaman, Terenganu dengan kata sepakat daripada beberapa pihak. Syarikat Bahtera Beauty ini mengeluarkan dan menghasilkan beberapa jenis produk kesihatan dan alat yang berkaitan dengan sistem saraf mata termasuk produk-produk kecantikan dengan jenama AINUN BEAUTY.

     Pada awalnya, syarikat ini kurang mendapat perhatian daripada para pembeli. Pihak syarikat berusaha gigih membuat pengiklanan secara offline kepada semua warga pembeli seperti hebahan melalui, banner, pamphlet dan pembukaan booth di pasaraya besar.  Alhamdulillah dengan aktiviti pemasaran offline yang berjaya, membuatkan syarikat ini terus meletup dan berkembang dengan pesat sehingga kini.

     Kejayaan demi kejayaan dan juga keberkesanan produk hasil daripada testimoni-testimoni yang positif daripada para pengguna produk ini. Membuktikan syarikat ini makin dipercayai ramai. Kini Ainun Beauty mengorak langkah dengan mengeluarkan lebih banyak produk untuk membantu masalah saraf mata dan penglihatan, kesihatan dan produk kecantikan yang lain.

     Seiring dengan perkembangan dan perubahan iklim perniagaan dari segi pemasaran. Syarikat ini akan terus bergiat aktif melakukan pengiklanan di media sosial seperti facebook, instagram dan juga website. Hal ini kerana kami komited untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat Malaysia supaya cakna terhadap kesihatan mata.

     Melalui pemasaran offline dan online yang mantap, kami menjangkakan Ainun Beauty akan terus berkembang dari masa ke semasa. Oleh hal yag demikian, Ainun Beauty berasa lebih berani dan bersemangat membantu rakyat Malaysia yang mempunyai masalah mata dan penglihatan termasuk juga penguna yang ingin menjaga kecantikan dan kesihatan.

      Semoga Ainun Beauty terus maju dan istiqamah membantu masalah-masalah kesihatan masyarakat Malaysia.

GROUND FLOOR, KEMAMAN CENTRE

POINT,

JALAN DATO’OMAR, 24000 KEMAMAN,

TERENGANU

AINUN BEAUTY MARKETING

TR0152565-X