Dikenali sebagai gula-gula semulajadi, raspberry telah lama menjadi pilihan utama kepada manusia sejak beribu-ribu tahun yang lalu.

Dengan memiliki pelbagai warna, rasa berair manis, dan kadar antioksidan yang tinggi, maka tidak hairanlah raspberi kekal sehingga kini sebagai salah satu buah paling kerap digunakan di dunia.

Raspberry terdiri daripada warna yang popular iaitu hitam dan merah. Disamping itu juga, ia turut terdiri daripada warna ungu, kuning dan berwarna emas. Setiap warna berry mempunyai komposisi yang unik seperti vitamin, mineral, dan antioksidan.

Artikel ini akan membincangkan manfaat kesihatan raspberry merah yang digunakan secara meluas.

Manfaat Pengambilan Raspberry

Pengambilan pelbagai jenis buah-buahan dan sayuran telah banyak membuktikan bahawa penurunan risiko daripada terkena sebarang penyakit.

Banyak kajian telah mencadangkan bahawa peningkatan penggunaan tumbuhan seperti raspberi mampu untuk mengurangkan risiko obesiti, diabetes, penyakit jantung. Di samping itu juga, ia menggalakkan kulit menjadi sihat, peningkatan jumlah tenaga, dan mampu menurunkan berat badan anda.

Baik Untuk Kesihatan Mata

Makanan tinggi vitamin C seperti raspberi ini telah terbukti untuk membantu dalam mengekalkan mata yang sihat dengan memberikan perlindungan terhadap kerosakan yang berpunca dari cahaya UV.

Raspberi juga mengandungi zeaxanthin antioksidan, yang berfungsi sebagai penapis sinar cahaya biru yang berbahaya dan dipercayai memainkan peranan pelindung dalam kesihatan mata dan berkemungkinan tinggi untuk menghindari kerosakan degenerasi makula.

Pengambilan lebih tinggi daripada semua buah-buahan (3 atau lebih hidangan sehari) juga telah ditunjukkan untuk mengurangkan risiko, dan perkembangan, yang berkaitan dengan hayat degenerasi makula.