Mencegah Dan Merawat Masalah Kanta Lekap

Mencegah Dan Merawat Masalah Kanta Lekap

Mujurlah, terdapat banyak perkara yang anda boleh lakukan untuk mengelakkan daripada berlakunyagangguan kanta lekap dan ketidakselesaan pada mata.

Menjaga kanta lekap dan menggunakannya dengan betul akan membantu anda untuk mengelak daripada banyak masalah, termasuklah jangkitan pada mata.

Perubahan jenis kanta lekap, atau mendapat preskripsi yang dikemaskini, juga boleh membantu untuk melegakan gangguan kanta lekap.

Anda juga boleh mempertimbangkan pembedahan laser mata sebagai penyelesaian kekal untuk melegakan ketidakselesaan kanta lekap anda.

Untuk lebih mudah dan selamat, anda hanya memerlukan air mata tiruan dalam membasmi masalah-masalah yang berkaitan dengan kanta lekap. Eye Beauty adalah air mata tiruan yang berkualiti tinggi dalam menyingkirkan masalah mata dan meneutralkan kandungan kimia berasid pada mata anda.

Anda boleh melambai serta mengucapkan selamat tinggal kepada kanta lekap untuk kebaikan masa depan anda.

3 Sebab Berlakunya Masalah Contact Lens Pada Mata Anda

3 Sebab Berlakunya Masalah Contact Lens Pada Mata Anda

Sesuatu kejadian yang berlaku semestinya bersebab, sama juga dengan masalah mata kita, jika berlaku sebarang masalah pada mata kita, sudah tentu ia mempunyai beberapa sebab berlakunya masalah tersebut. Disini terdapat 3 masalah utama yang sering berlaku kepada contact lens mata anda.

Penjagaan dan Penggunaan Contact Lens yang Salah

Contact lens adalah sangat halus dan lembut, dan perlu dijaga seperti yang disyorkan oleh pengeluar. Gagal untuk membersihkan contact lens anda dengan betul, membiarkan ia kering, atau tidak mencuci tangan sebelum memasukkan ia kedalam mata, itu semua boleh mengakibatkan ketidakselesaan dan iritasi pada mata anda. Membenarkan solekan, minyak wangi dan rambut masuk ke dalam contact lens juga boleh menyebabkan masalah kepada mata anda. Contact lens juga tidak boleh dipinjamkan kepada orang lain, kerana ia boleh membawa kepada pembiakan bakteria.

Memakai Contact Lens Terlalu Lama

Terdapat pelbagai jenis contact lens, ada yang direka untuk dipakai beberapa jam sahaja dan ada juga jenama yang selamat boleh dipakai untuk semalaman. Memakai contact lens lebih lama daripada yang disyorkan boleh menyebabkan iritasi dan ketidakselesaan. Memakai contact lens yang dah dipakai atau yang melepasi tarikh luput juga boleh menyebabkan masalah kepada mata anda, termasuklah jangkitan daripada bakteria. Sentiasa menggantikan contact lens anda dengan kadar segera seperti yang disyorkan oleh pengeluar atau doktor mata anda.

Jangkitan Mata Dari Contact Lens

Jangkitan mata yang disebabkan oleh bakteria pada contact lens berpotensi untuk menjadi lebih serius. Jika tidak dirawat, jangkitan mata boleh mengancam penglihatan anda, jadi ia adalah penting untuk berjumpa doktor mata atau mereka yang pakar mengenai mata.

Adakah Contact Lens Memberi Masalah Kepada Mata Anda?

Adakah Contact Lens Memberi Masalah Kepada Mata Anda?

Biasanya ramai orang mengambil langkah mudah dengan memakai contact lens bagi menggantikan cermin mata. Adakah ramai yang tahu bahawa contact lens boleh memberi masalah yang kritikal kepada mata anda? penggunaan contact lens memerlukan penjagaan yang rapi dan mempunyai tempoh tertentu pada mata.

Jika anda gagal menepati segala tetapan yang telah digariskan, maka anda bakal menghadapi masalah mata yang amat menakutkan.

Masalah contact lens terdiri daripada kegatalan ringan pada mata dan ia akan menyebabkan anda berasa tidak selesa dengan diri anda, jangkitan yang serius berpotensi mengancam penglihatan yang boleh membawa kepada hilang penglihatan secara kekal.

Ramai orang telah menderita akibat menggunakan contact lens pada mata. Jika mata anda kerap merah, sakit atau bengkak selepas memakai contact lens, anda mungkin mengalami iritasi contact lens.

Iritasi contact lens juga boleh menyebabkan mata anda menjadi kering, penglihatan kabur, dan perasaan yang merasakan ada sesuatu di mata anda secara berterusan.